Tuesday, June 2, 2009

Sesat

Saya adakalanya tersesat jalan di Negara sendiri.Pada masa dahulu sekiranya kita tersesat jalan atau mencari arah sesuatu tempat tumpuan utama kita ia lah Stesyen Stesyen Minyak untuk bertanya atau mendapatkan panduan.Tetapi Stesyen Minyak tidak lagi boleh menjadi tempat untuk bertanya kerana yg melayan kita di situ bukan Orang tempatan tetapi Mat Bangla atau Mat Nepal.Begitu juga ada masa tersesat untuk ke Majlis keramaian misal nya untuk bertanya raut wajah kelihatan seperti Orang tempatan ia itu Melayu tetapi jawapan nya "enggak tau pak".Satu hari saya di LCCT untuk check in Flight. Saya di sapa oleh saorang Pengawal keselamatan di situ 'Mau kemana Pak'. Saya terpingga pingga adakah saya berada di Negara saya sendiri!!

No comments:

Post a Comment