Tuesday, June 30, 2009

Selamat Belajar

Minggu lepas pelajar pelajar baru mula mendaftar di Pusat Pusat Pengajian Tinggi di seluruh Negara.Ini di ikuti oleh pelajar pelajar lama mendaftar semula untuk meneruskan pengajian mereka.Mereka perlu ingat bahawa mereka adalah di antara gulungan yang bertuah terpilih untuk melanjutkan pelajaran mereka, sedangkan ramai lagi yang gagal yang tidak terpilih.Peluang keemasan yang di berikan ini hendaklah di manfaatkan sepenuh nya untuk menimba ilmu demi untuk mencapai cita cita anda.Bayangkan airmuka keriangan keluarga anda ketika menghantar anda mendaftar tempoh hari dan jangan hampakan harapan mereka. Selamat belajar.

No comments:

Post a Comment