Wednesday, December 23, 2009

Tahniah

Tahniah bagi mereka yg mencapai kejayaan cemerlang dlm peperiksaan PMR yg di umumkan hari ini. Tahniah juga kepada mereka yang berjaya mendapatkan tempat belajar di Sekolah Berasrama Penuh.Selamat belajar.Kepada semua Selamat Menyambut Tahun Baru 2010.

Sunday, September 13, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Saya dan keluarga mengcapkan SELAMAT HARI RAYA AIDLI FITRI maaf zahir batin kepada semua kaum keluarga, sahabat handai jauh dan dekat dan seluruh Umat Islam am nya.Semoga Ibadah kita di sepanjang bulan Ramadhan di terima oleh Allah swt.

Tuesday, September 1, 2009

SPIDERMAN


Saya tidak berapa minat untuk mengikuti cerita Alain Roberts 'the french spiderman' apabila dia cuba memanjat Menara Kembar Petronas sebanyak 2 kali sebelum ini.Tetapi apabila dia berjaya menawan bangunan tersebut dalam cubaan nya pada kali ketiga berita nya menarik perhatian saya akan kegigihan nya.Berikut adalah kata nya yang pada pandangan saya sangat bermotivasi.

" WE SET OURSELVES LIMITS,BUT WE ARE ALL STRONG ENOUGH TO AIM HIGHER TO ACHIEVE OUR GOALS.ALL WE HAVE TO DO IS FIND SUCH STRENGTH WITHIN OURSELVES.KNOW HOW TO DEVELOP IT"

Saturday, August 22, 2009

New Generations


Iam so glad that you are here it helps me to realise how beautiful my world is.

Sunday, August 2, 2009

Graduation


Sekarang adalah musim graduation bagi pelajar pelajar yang telah tamat pengajian mereka di Universiti.Tahniah di ucapkan kepada mereka yang telah berjaya.Selepas ini mereka akan menempuh alam pekerjaan.Untuk renungan bersama di paparkan sabuah Hadis yang di riwayatkan oleh Thabarani "Saorang pekerja apabila menunaikan tugas nya dengan baik dan menerima haknya (upah/gaji) maka ia di anggap sebagai pejuang di jalan Allah sampai ia pulang kerumah "

Tuesday, June 30, 2009

Selamat Belajar

Minggu lepas pelajar pelajar baru mula mendaftar di Pusat Pusat Pengajian Tinggi di seluruh Negara.Ini di ikuti oleh pelajar pelajar lama mendaftar semula untuk meneruskan pengajian mereka.Mereka perlu ingat bahawa mereka adalah di antara gulungan yang bertuah terpilih untuk melanjutkan pelajaran mereka, sedangkan ramai lagi yang gagal yang tidak terpilih.Peluang keemasan yang di berikan ini hendaklah di manfaatkan sepenuh nya untuk menimba ilmu demi untuk mencapai cita cita anda.Bayangkan airmuka keriangan keluarga anda ketika menghantar anda mendaftar tempoh hari dan jangan hampakan harapan mereka. Selamat belajar.

Monday, June 15, 2009

Re Union

Sabtu 13/6 hadhir Re Union Class of 63-73 TMS. Kami bertemu semula selepas berpisah selama 36 tahun.Selapas tamat pengajian tingkatan lima semua membawa haluan masing masing.Jelas terbayang kecerian masing masing di sepanjang pertemuan tersebut.Karekter masih sama,tidak berubah.Cuma perubahan yang ketara ia saiz badan dan warna rambut.

Tuesday, June 2, 2009

Sesat

Saya adakalanya tersesat jalan di Negara sendiri.Pada masa dahulu sekiranya kita tersesat jalan atau mencari arah sesuatu tempat tumpuan utama kita ia lah Stesyen Stesyen Minyak untuk bertanya atau mendapatkan panduan.Tetapi Stesyen Minyak tidak lagi boleh menjadi tempat untuk bertanya kerana yg melayan kita di situ bukan Orang tempatan tetapi Mat Bangla atau Mat Nepal.Begitu juga ada masa tersesat untuk ke Majlis keramaian misal nya untuk bertanya raut wajah kelihatan seperti Orang tempatan ia itu Melayu tetapi jawapan nya "enggak tau pak".Satu hari saya di LCCT untuk check in Flight. Saya di sapa oleh saorang Pengawal keselamatan di situ 'Mau kemana Pak'. Saya terpingga pingga adakah saya berada di Negara saya sendiri!!

Monday, June 1, 2009

Musim Cuti

Musim cuti bermula.Mudah perjalanan ke Pejabat.Kebiasaan nya pukul 7.00pg sudah keluar rumah,sekarang boleh lewat sedikit.Anak semua berada di rumah. Suria masih cuti bersalin, Dr Irda cuti rehat setelah satu bulan berkerja di Hospital Melaka, manakala FND cuti akhir semester.Pergi holiday? Anak semua dah besar dan dah pandai pergi holiday sendiri.